Monday, February 24, 2014

Newton's Law of motion: Hukum gerakan newton


Pengenalan

Bila terjemahkan "Newton's Law of Motion" kepada bahasa melayu, jadi macam nak ketawa pun ada. Tapi, itulah dia maksudnya. Terjemahan tu bukan perkara pokok. Macam gambar di atas, yang jatuh tu epal, bukan pokok, tapi apa yang Newton dapat adalah hukum gerakan.


Apa itu Hukum Gerakan Newton?

Hukum gerakan newton bermaksud cara pergerakan sesuatu objek berdasarkan pemerhatian, pengiraan, dan experimen Sir Isaac Newton.

Macam mana objek bergerak?

Selepas pemerhation, pengiraan, dan experimen dilakukan oleh Sir Isaac Newton, asas pergerakan ada tiga (3) iaitu:

1. Hukum Pertama: Objek akan terus bergerak dengan halaju sekata, kecuali ada daya yang dikenakan keatas objek tersebut.

2. Hukum Kedua: Daya gerakan adalah berkadar terus dengan jisim objek dan pecutan objek tersebut;
F = ma.

3. Hukum Ketiga: Daya yang dikenakan keatas objek sama dengan daya yang bertindakbalas, tetapi berlawanan arah.

Apa kaitannya hukum tersebut dengan kapal terbang kertas?

Kapal terbang kertas bergerak, oleh itu, ia mesti memenuhi tiga hukum ini untuk terus bergerak dan terbang.

Tak cukup, cuba terangkan satu per satu?

Buat masa ini, cukuplah. Saya akan terangkan ia pada post yang akan datang. Berita baik kepada pelajar UNISEL, tahun depan, bila Kelab Penerbangan UNISEL yang bakal ditubuhkan dibawah fakulti kejuruteraan berjaya ditubuhkan, penasihat kelab, Prof. Ir. Dr. Abd. Aziz, ingin menganjurkan pertandingan kapal terbang kertas, oleh itu, baca post saya sampai habis, kalau nak menang. hahahahahahahaha.....

0 comments:

Post a Comment