Saya hentikan seketika post mengenai teori asas penerbangan, bagi memberi laluan dan penghormatan kepada tragedi kehilangan Pesawat MAS MH370. Saya akan sambung semula pada masa yang sesuai. Saya berharap ia ditemui selamat beserta anak kapalnya, Insyaallah...
DAB PAPER PLANE wish all of you safe and without any harm.....
Wednesday, March 12, 2014
Tuesday, February 25, 2014
Newton's First Law; Hukum Pergerakan Newton Pertama
Pengenalan
Macam best je gambar di atas? Kena tarik dengan halaju yang tinggi... wooooooo.... terngangan mulut orang tu... hahahaaha.. ok2, kembali kepada hukum ni. Secara amnya, saya sudah terangkan hukum ini pada post sebelum ini. Dalam post ini, saya akan terangkan terperinci pasal hukum ini, apa kaitannya dengan kapal terbang kertas.
Apa itu hukum gerakan newton pertama?
Objek akan terus bergerak dengan halaju sekata, kecuali ada daya yang dikenakan ke atas objek tersebut. Maksudnya, jika sesuatu objek bergerak, ia akan terus bergerak, kecuali ada satu daya menghalangnya, atau ada daya yang menolaknya. Bayangkan, anda sedang bergerak, tiba-tiba, ada orang menghalang anda. Tentu anda terberhenti bukan? Jika anda sedang membawa kereta, ada orang langgar dari belakang, tentu kereta anda terkehadapan bukan? Itulah maksud hukum ini. Dengan kata lain, kita bergerak dan berhenti disebabkan ada daya yang menolak dan menghalang.
Apa kaitannya dengan kapal terbang kertas?
Objek akan terus bergerak dengan halaju sekata, kecuali ada daya yang dikenakan ke atas objek tersebut. Maksudnya, jika sesuatu objek bergerak, ia akan terus bergerak, kecuali ada satu daya menghalangnya, atau ada daya yang menolaknya. Bayangkan, anda sedang bergerak, tiba-tiba, ada orang menghalang anda. Tentu anda terberhenti bukan? Jika anda sedang membawa kereta, ada orang langgar dari belakang, tentu kereta anda terkehadapan bukan? Itulah maksud hukum ini. Dengan kata lain, kita bergerak dan berhenti disebabkan ada daya yang menolak dan menghalang.
Apa kaitannya dengan kapal terbang kertas?
Jika kita lihat gambar di atas, ada 4 daya yang bertindak ke atas kepal terbang.
1. Trust Force / daya tujahan: Ia merupakan daya untuk menolak kapal terbang itu ke hadapan, dan menyebabkan kapal terbang bergerak dengan halaju sekata dengan daya yang sekata. Ia menepati hukum gerakan newton pertama, di mana, daya dikenakan untuk menggerakkan objek.
2. Drag Force / daya geseran: Ia merupakan daya yang bertindak balas apabila permukaan objek bergeser dengan objek yang lain, dalam kes ini, permukaan kapal terbang bergeser dengan udara. Ia menyebabkan pergerakan ke hadapan menjadi perlahan. Ia menepati hukum newton pertama, di mana, daya dikenakan untuk menggerakkan objek.
3. Weight / daya gravity: Ia merupakan daya yang menarik sesuatu objek yang mempunyai jisim ke permukaan bumi. Daya ini menghalang pergerakan objek dari naik ke atas, dan menarik objek dari atas ke bawah. Ia menepati hukum newton pertama, di mana, daya dikenakan untuk menggerakkan objek.
4. Lift Force / daya angkatan: Ia merupakan daya untuk mengangkat sesuatu objek ke ketinggian tertentu. Ia mestilah melebihi daya gravity. Jika tidak, tiada angkatan yang akan berlaku. Ia menepati hukum newton pertama, di mana, daya dikenakan untuk menggerakkan objek.
melalui penerangan ini, kapal terbang kertas juga mengalami prinsip yang sama seperti kapal terbang biasa. Sebab itu, kapal terbang kertas merupakan asas kepada kapal terbang yang normal.
Nak lagi terperinci?
Semua daya di atas ada pengiraannya, ada formulanya. Tetapi, sekarang ini masih di dalam peringkat teori. Jika saya terangkan sekarang, maka akan bertambah 'confius' anda semua nanti. Hukum newton kedua dan ketiga juga masih belum diterangakan, dan apa kaitannya dengan ini semua. Selepas selesai teori newton, saya akan terangkan satu per satu daya tersebut beserta pengiraan. Teruskan membaca blog saya pada masa akan datang.
By: CeasarFz, the kapal terbang kertas engineer...
By: CeasarFz, the kapal terbang kertas engineer...
Monday, February 24, 2014
Newton's Law of motion: Hukum gerakan newton
Pengenalan
Bila terjemahkan "Newton's Law of Motion" kepada bahasa melayu, jadi macam nak ketawa pun ada. Tapi, itulah dia maksudnya. Terjemahan tu bukan perkara pokok. Macam gambar di atas, yang jatuh tu epal, bukan pokok, tapi apa yang Newton dapat adalah hukum gerakan.
Hukum gerakan newton bermaksud cara pergerakan sesuatu objek berdasarkan pemerhatian, pengiraan, dan experimen Sir Isaac Newton.
Macam mana objek bergerak?
Selepas pemerhation, pengiraan, dan experimen dilakukan oleh Sir Isaac Newton, asas pergerakan ada tiga (3) iaitu:
1. Hukum Pertama: Objek akan terus bergerak dengan halaju sekata, kecuali ada daya yang dikenakan keatas objek tersebut.
2. Hukum Kedua: Daya gerakan adalah berkadar terus dengan jisim objek dan pecutan objek tersebut;
F = ma.
3. Hukum Ketiga: Daya yang dikenakan keatas objek sama dengan daya yang bertindakbalas, tetapi berlawanan arah.
Apa kaitannya hukum tersebut dengan kapal terbang kertas?
Kapal terbang kertas bergerak, oleh itu, ia mesti memenuhi tiga hukum ini untuk terus bergerak dan terbang.
Tak cukup, cuba terangkan satu per satu?
Buat masa ini, cukuplah. Saya akan terangkan ia pada post yang akan datang. Berita baik kepada pelajar UNISEL, tahun depan, bila Kelab Penerbangan UNISEL yang bakal ditubuhkan dibawah fakulti kejuruteraan berjaya ditubuhkan, penasihat kelab, Prof. Ir. Dr. Abd. Aziz, ingin menganjurkan pertandingan kapal terbang kertas, oleh itu, baca post saya sampai habis, kalau nak menang. hahahahahahahaha.....
Thursday, February 20, 2014
Don't abuse Bernoulli.... Jangan salah guna Bernoulli
Apa istimewanya tajuk ini?
Jangan kita salah guna konsep Bernoulli, berkaitan dengan Daya Angkatan atau Lift Force... Kita salah ertikan konsep ini, sehinggakan kita berfikiran, kita tak mampu untuk buat kapal terbang. Kenapa?
sebab:
1. Kena kira aerodynamic
2. Kena kira daya geseran
3. Dah ada standard untuk kepak. NACA, Clark-Y
4. salah buat, terhempas
5. Engineer je boleh buat
6. Tak nak belajar
7. Kena kira daya angkatan, Lift Force
8. Salah anggap, macam mana kapal terbang terbang............
kalau anda fikir 1 hingga 7, dah advance sangat, tapi betul la... tapi anda silap, 1 sampai 7 tu cuma tambahan sahaja, bukan asas. yang permasalahan asas adalah yang nombor 8, Salah anggap, macam mana kapal terbang terbang............ itulah asas penerbangan. percaya atau tidak, kita salah anggap macam mana kapal terbang boleh terbang, sedangkan kita hari - hari guna konsep itu. Konsep yang kita guna hari - hari pun kita tak perasan. kita juga tak perasan, KAPAL TERBANG KERTAS itu, yang kita main hari -hari masa kecik, adalah yang sebenarnya asas penerbangan... dalam post seterusnya, saya akan terangkan apa dia konsepnya... nantikan...a
Subscribe to:
Posts (Atom)